Asmani Mat, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Hasan Abdul Ghani.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini bagi sebutan semula kes dan tertuduh diminta melantik peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh anak lelakinya, Muhammad Nur Rashdan yang berusia 19 bulan di Felda Jengka 13 pada 17 Jun lalu.

Terdahulu pada 22 Jun lepas, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh dan tiada pengakuan direkodkan serta tertuduh diminta melakukan pemeriksaan psiakiatri. - UTUSAN ONLINE