N. Indra hanya memperoleh kira-kira RM401,700 melibatkan pelbagai ganti rugi lain yang dikekalkan oleh kuorum berkenaan.

Keputusan majoriti 4-1 itu dimuktamadkan oleh panel lima hakim bersidang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop.

Hakim Ahmad bersama-sama Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim membenarkan rayuan pihak kerajaan manakala Tan Sri Zainun Ali mencapai keputusan menentang.

Pada 8 Ogos 2014, Mahkamah Rayuan memerintahkan kerajaan dan pasukan polis membayar pelbagai ganti rugi mencecah RM701,700 (termasuk ganti rugi teladan RM300,000) kepada ahli keluarga Kugan.

Mahkamah Rayuan berpendapat, bekas Ketua Polis Selangor, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan para pegawainya bertanggungjawab atas kematian Kugan.

Indra mengemukakan saman ekoran kematian anaknya dalam lokap di balai polis Taipan USJ pada 20 Januari 2009. Kugan, 22, ketika itu ditahan sebagai suspek kes curi kereta mewah.

Indra menamakan Khalid, bekas konstabel, V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Rashid Abu Bakar (sudah meninggal dunia), Ketua Polis Negara ketika itu dan Kerajaan Malaysia. - UTUSAN ONLINE