Hakim, Datuk Teo Say Eng memerintahkan kerajaan dan dua polis bantuan, Darmaji Darwi, 28, serta Mohsin Jamari, 35, selaku defendan pertama, kelima dan keenam membayar tuntutan tersebut kepada plaintif kerana mempunyai bertanggungan secara bersama atau berasingan menyebabkan kecuaian itu.

Sebelum ini, Mek Eshah Jusoh, 73, yang juga ibu kepada Mohamad Ezanee Zakaria, 38, (ketika kejadian) selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan berjumlah RM1.55 juta menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates pada 24 Februari 2014.

Dalam tuntutan saman itu, plaintif turut menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pengarah CCRC Kota Tinggi selaku defendan kedua, ketiga dan keempat.

Pada 14 November 2013, Mohamad Ezanee dimasukkan ke CCRC Kota Tinggi sebagai pelatih dan pada hari sama dia dipercayai dipukul dua polis bantuan itu sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah dan disahkan koma.

Pada 15 November 2013, mangsa disahkan meninggal dunia. - UTUSAN ONLINE