Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Rhodzariah Bujang memutuskan demikian terhadap Zulkiple Mohamad selepas menolak rayuannya.

Kuorum berkenaan sebulat suara berpuas hati bahawa dapatan fakta yang dicapai oleh hakim bicara disokong oleh bukti keterangan kes dan mereka tiada alasan untuk mengubahnya.

Sehubungan itu, panel tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Muar, Johor yang menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh setelah didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perayu diwakili oleh peguam Zahar Ngah manakala Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail berhujah bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali yang tidak hadir hari ini.

Zulkiple didapati bersalah membunuh Law Pow Ling di antara pukul 12.01 tengah malam dan 8.30 pagi, 22 November 2013 di Syarikat Perniagaan Choong, No. 101, Jalan Jelawat, Taman Banang, Batu Pahat. - UTUSAN ONLINE