AYUB RAHMAT
AYUB RAHMAT

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat meminta Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan perkara tersebut.


Ini kerana, katanya, buat masa ini, pengedar dadah kecil hanya dikenakan hukuman ringan dan tempoh penjara yang singkat dan jika tiada hukuman lebih berat dikenakan, dikhuatiri mereka akan mengulangi kesalahan sama.


“Pengedar-pengedar kecil dadah yang melibatkan orang bawahan tidak mencapai kadar yang boleh disabit di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 39A(2) ADB 1952, mereka ini ketika ini dihukum mengikut LLPK.


“Dan bila disabitkan kesalahan, mereka hanya menjalani hukuman ringan dan singkat, apabila keluar (penjara) mereka akan buat perkara yang sama,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Mohamad Taslim (PAS-Maharani) berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah dan langkah mengatasinya.


Ayub berkata, sebagai contoh, pengedar kecil itu sekurang-kurangnya perlu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara makskimum lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE