Mahkamah Sesyen sebelum itu menetapkan ikat jamin terhadap Hasanah sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 29 November ini untuk sebutan kes.

Hasanah, 61, terdahulu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia sebanyak AS$12.1 juta (RM50.43 juta), pada April dan Mei lalu.- UTUSAN ONLINE