Menurut sumber, pendakwaan terhadap Hasanah akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi sebelum dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini pihak mahkamah masih belum mengeluarkan sebarang notis berhubung pendakwaan itu, bagaimanapun siasatan terbabit telah dilengkapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, Hasanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan terbabit ketika beliau hadir untuk memberi keterangan di Ibu pejabat agensi tersebut di Putrajaya.

Hasanah ditahan selepas dipercayai terlibat bersama tujuh lagi pegawai kanan yang direman pada hari sama kerana menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi.-UTUSAN ONLINE