Hasanah, 61,  membuat pengakuan tersebut  selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan,  Hasanah sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri  (JPM) didakwa telah melakukan pecah amanah ke atas wang sebanyak AS$12.1 juta (RM50.43 juta) milik kerajaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di  Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, JPM,  Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 30 April dan 9 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE