Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hakim: Shila perlu bersikap terbuka

Tiada sebarang niat jahat oleh Kosmo! – Hakim

Shila Amzah
Shila Amzah

KUALA LUMPUR 31 Mac - Penyanyi Shila Amzah seba­gai selebriti sepatutnya bersikap terbuka menerima kri­tikan. Ini kerana apa sahaja yang dilakukannya sebagai selebriti akan mendapat perhatian masyarakat.

Meskipun satu daripada tiga artikel yang disiarkan Kosmo! kira-kira dua tahun lalu berbaur fitnah namun Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa tiada sebarang niat jahat oleh akhbar tersebut yang boleh menggagalkan pembelaan ulasan saksama dan perlindungan bersyarat yang dikemukakan oleh Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB).

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah dan sya­rikatnya, Shila Amzah Entertain­ment Sdn. Bhd. sebelum ini mendakwa, beliau telah difitnah melalui tiga artikel akhbar Kosmo! antara lain mengaitkan konsert, Shila Amzah-Love Live in Malaysia ditaja oleh syarikat judi terbesar di negara ini.

Itu antara intipati penghakiman Hakim Datuk Rosnaini Saub yang dibacakan oleh Timbalan Pendaf­tar, Ery Shariman Nor Aripin sewaktu menolak tuntutan penya­nyi itu dengan kos RM20,000.

Hakim Rosnaini dalam penghakimannya berpuas hati dengan pembelaan UMMB bahawa artikel tersebut merupakan ulasan yang saksama dan perlindungan bersyarat adalah terpakai terhadap syarikat akhbar tersebut kerana artikel berkenaan ditulis tanpa niat jahat.

Shila dan syarikatnya selaku pihak plaintif memfailkan saman pada 16 Januari 2015 dengan menamakan wartawan hiburan akhbar Kosmo! Maliah Surip, pe­ngarang dan penerbit akhbar itu, UMMB sebagai defendan pertama hingga ketiga. Pihak defendan di­wakili peguam, Datuk M. Reza Has­san dan Ellia Zuraini Mat Zin.

Dalam pernyataan tuntutan ter­pinda bertarikh 16 Januari 2015, pihak plaintif mendakwa, konsert Shila pada 13 September 2014 diadakan bersama oleh Mega Ultimate dengan plaintif kedua dan tidak pernah menerima sebarang tajaan wang daripada syarikat perjudian seperti yang didakwa oleh pihak defendan.

Pihak plaintif menyatakan, beliau seorang profesional dalam kerjayanya sebagai artis dan matang dalam segala tindakan serta kelakuannya, mudah didekati pe­minat di negara ini, China dan arena antarabangsa.

Dalam artikel bertarikh 17 September 2014, dakwa pihak plaintif, diterbitkan defendan kedua atas niat jahat untuk memburukkan dan merendahkan reputasi dirinya dan syarikatnya di peringkat antarabangsa.

Ekoran penyiaran artikel tersebut, pihak plaintif yang diwakili peguam K. Mahendra mendakwa, reputasinya sebagai selebriti telah terjejas.

Plaintif mendakwa, artikel itu yang ditulis wartawan berkenaan membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bermoral kerana sanggup mengetepikan kepercayaan agama serta budaya untuk mendapat tajaan wang yang tidak halal untuk menjayakan konser­tnya, bersifat rasis dan tidak sensitif kepada bangsa sendiri.

Pihak plaintif sehubungan itu menuntut perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan daripada mengulangi atau menerbitkan semula artikel serupa serta memohon perintah supaya kesemua artikel itu ditarik balik selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi pampasan dan ganti rugi tambahan.

Shila ketika ditemui pemberita sama ada dia mahu memberikan sebarang komen hanya berkata: “Not for now (Tidak buat masa sekarang).”

Dia hadir bersama bapanya, Amir Hamzah Salleh atau N. D. Lala dan ibunya, Fauziah Sarman.

Maliah bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah memfitnah Shila.

“Semua pihak perlu menghormati tugas wartawan. Sesiapa sa­haja boleh menulis ulasan dan komen di laman sosial. Tetapi ka­mi (wartawan) yang mempunyai kredibiliti menulis dengan kritis di akhbar. Ini kemenangan untuk media Melayu,” kata Maliah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain