Hakim Tasnim Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan duda yang memiliki dua anak, Mohd. Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 38, gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.


Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan bagi kesemua hukuman dengan syarat  jaminan  dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM20,000 berserta seorang penjamin.


Mohd. Ezlie didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa antara pukul 1 petang dan 3 petang, 3 Disember 2011 ketika mangsa berusia 11 tahun sebelum mengulanginya pada pertengahan bulan Ogos 2013 sewaktu mangsa berusia 13 tahun.


Kedua-dua kejadian didakwa berlaku di rumah tertuduh di Taman Aman Siara, Batu Caves dekat sini.


Dia dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.-UTUSAN ONLINE