Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guru muzik didakwa hasilkan video lucah

SAFRIDUAN SAFAR yang menghadapi tiga tuduhan iaitu membuat dan
SAFRIDUAN SAFAR yang menghadapi tiga tuduhan iaitu membuat dan memiliki gambar lucah serta memikat isteri orang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 7 Julai – Seorang guru muzik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan menghasilkan dan memiliki gambar dan video lucah serta memikat isteri orang bagi tujuan seks, Mac lalu.

Safriduan Safar, 43, dari Jengka, Maran dekat sini didakwa menghasilkan sebanyak 63 keping gambar dan video lucah yang disimpan di dalam dua unit telefon pintar jenis Samsung serta Lenovo di No. 5 Lorong Pandan Makmur 2, di sini kira-kira pukul 1.33 petang, 1 Mac lalu.

Pertuduhan pertama itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada tiga anak berkenaan turut didakwa memiliki sebanyak 63 keping gambar dan video lucah yang disimpan di dalam dua unit telefon pintar jenis Samsung dan Lenovo di tempat sama pada pukul 6.21 petang, 17 Mac lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Safriduan dengan niat jahat didakwa telah memikat seorang wanita berusia 41 tahun yang merupakan isteri orang bagi tujuan melakukan persetubuhan yang ditegah di tempat yang sama pada pukul 11.57 pagi, 4 Mac lalu.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 498 Kanun Ke­seksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan dilarang mengganggu wa­nita terbabit atau membuat sebarang sebaran sehingga kes selesai.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain