Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman terhadap Nurhasliman Ghazali, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Machang pada pukul 7.30 malam, 23 April 2015.


Bagi pertuduhan kedua, dia telah merogol mangsa di lokasi sama pada 25 April 2015, pukul 1 pagi.


Tertuduh yang merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Tanah Merah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan. 


Hukuman penjara berkuat kuasa hari ini. - UTUSAN ONLINE