Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Bobby Seli, 42, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pegawai Daerah Mukah, Shatrie Saili.

Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Mukah di hadapan hakim pada 25 Julai ini.

Untuk rekod, Mahkamah Sesyen Mukah hanya bersidang sebulan sekali.

Tertuduh juga dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin bergaji tetap, RM2,000 sebulan.

Shatrie turut mengarahkan tertuduh melapor diri dua minggu sekali di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, berdekatan tempat dia bertugas sebelum ini.

Tertuduh juga dilarang berjumpa atau menghubungi mangsa dan jika dia melanggar syarat itu, jaminan akan terbatal.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat seorang pelajar lelaki antara Ogos 2015 dan Mei lalu.

Perbuatan tersebut terbongkar selepas remaja lelaki terbabit membuat laporan polis.