Siti Noorhidayani Mohd. Salamun, 27, didakwa memulas bahagian telinga seorang murid perempuan tahun tiga di dalam sebuah kelas, di sekolah kebangsaan (SK) di sini, kira-kira pukul 8.10 pagi, 16 Jun tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy yang mengendalikan pendakwaan mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah membenarkan wanita yang hadir ke mahkamah dengan memakai jubah berwarna merah jambu itu diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April ini untuk sebutan semula kes.