Siti Noorhidayani Mohd. Salamun, 27, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang murid perempuan darjah tiga di dalam kelas di sebuah sekolah dekat sini, kira-kira pukul 8.10 pagi, 16 Jun tahun lalu.

Ibu anak satu itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan menetapkan 7 April ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE