Hakim Datuk Nurcahaya Arshad membenarkan permohonan itu dengan alasan tiada dalam mana-mana undang-undang memperuntukkan jaminan mesti dibayar menggunakan wang tunai.

Awang Mohd. Tahir mengemukakan permohonan itu me­lalui peguam Mohd. Nor Yusof dan Amli Nohin manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya da­ripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rozana Abdul Hadi.

Awang Mohd. Tahir merayu agar mahkamah membenarkan penggunaan geran tanah bernilai RM2 juta untuk membebaskannya dengan jaminan.

Dalam hujahnya, Mohd. Nor berkata, ahli keluarga anak guamnya hanya mampu mengumpulkan wang tunai sebanyak RM500,000 jus­teru menawarkan geran tanah tersebut sebagai jaminan.

“Kami tidak merayu supaya nilai jaminan dikurangkan tetapi merayu supaya cara pembayaran dipelbagaikan,” katanya.

Sementara itu, Amli memberitahu, pihaknya berusaha untuk membayar wang jaminan tersebut hari ini bagi membolehkan anak guamnya bebas.

Pada Januari lalu, Mah­kamah Tinggi menetapkan jumlah jaminan terhadap Awang Mohd. Tahir dikurangkan daripada RM10 juta kepada RM5 juta dengan deposit RM2 juta daripadanya dibayar sepenuhnya dengan dua penjamin tempatan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat menetapkan perbicaraan kes itu selama dua bulan bermula 4 Julai ini.