Ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan hakim, Mohammad Khalid Ab. Karim dan Kamarudin Kamsun.

Tertuduh pertama, Abdul Razak Suib, 58, didakwa dengan 40 pertuduhan iaitu melibatkan diri dengan penggubahan wang haram berjumlah RM4.5 juta.

Tertuduh kedua, Chang Wan Ming, 27, didakwa melakukan enam kesalahan penggubahan wang haram berjumlah RM622, 798.

Semntara tertuduh ketiga, Wong Chin Sheng dihadapkan dengan empat pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.67 juta. - UTUSAN ONLINE