Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Geng 24: 52 remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret

Geng 24 dihadapkan ke mahkmah
GAMBAR fail bertarikh 24 April lalu menunjukkan ahli keluarga memenuhi hadapan pintu masuk ke Mahkamah Majistret Klang sewaktu sebuah trak polis keluar membawa suspek yang disambung reman bagi membantu siasatan pelajar yang dipercayai terlibat dengan kumpulan kongsi gelap Geng 24 baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/MOHD. SHAHARANI SAIBI

KLANG 8 Mei - Seramai 52 remaja termasuk seorang penuntut kolej di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan terlibat dengan jenayah kongsi gelap, Geng 24, April lalu.

Kesemua remaja terbabit yang didakwa itu berusia antara 15 hingga 18 tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama dengan lain-lain yang masih bebas pada 20 dan 21 April lalu terlibat dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang seperti yang dipaparkan dalam video perhimpunan upacara pemotongan kek yang dihiasi angka 24 di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, SMK Kampung Jawa, SMK Raja Mahadi, dan dibelakang Sekolah Kebangsaan Simpang Lima.

Bagaimanapun, daripada 52 remaja terbabit, tiga daripada mereka mengaku bersalah, manakala enam lagi remaja berhadapan dengan dua pertuduhan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka dibenarkan diikat jamin RM800 hingga RM1,000 beserta seorang penjamin.

Prosiding yang berlangsung secara tertutup lebih satu jam itu dijalankan dihadapan Majistret Nor Asma Ahmad. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain