Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman tersebut selepas Tang Siew Meng, 48, yang merupakan pemilik syarikat Cash & Carry mengaku bersalah atas enam pertuduhan yang dibacakan.


Mengikut pertuduhan,dia didakwa gagal menyimpan dengan selamat rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian larasan daripada perniagaan iaitu lejar am, lejar jualan, baucer bayaran dan resit penerimaan bayaran bagi tahun taksiran 2010 hingga 2015 untuk Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri tanpa mempunyai alasan yang munasabah.


Pertuduhan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohd. Shafuddin Hasan mengikut Seksyen 119A(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya. -UTUSAN ONLINE-