Majistret Nor Arifin Hisham mengeluarkan waran tangkap itu terhadap Muhammad Qayyum Mohd. Faisal selepas tertuduh gagal menghadirkan diri ketika sebutan semula kes itu.


Mahkamah memerintahkan waran tangkap itu dikeluarkan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran membuat permohonan berkenaan.


Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh untuk hadir pada 26 Februari depan.


Terdahulu, seramai 17 daripada 18 individu yang didakwa terlibat dalam insiden itu hadir bagi sebutan semula kes. 


Mereka ialah Mohd. Ashraf Mohd. Faisal, Absal Evastrie Abdullah, Muhamed Jalil Talib, Muhammad Khairol Anuar Zabidi, Muhd Zamri Md. Said, Shukri Razali, Afizal Sabtu, Nor Azmi Abdul Ghani, Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, Mohd. Khairi Abd Rashid, Rozaihan Jamaludin, Mohammad Shahril Danniel Sajel, Mohammad Saifullah Abdullah, Muhammad Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Aziz dan Mohd. Norul Ismawi Islahuddin.


Kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd. Hezri Shaharil, Ahmad Faiq Azizan dan Azlan Roni.


Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melibatkan diri dalam rusuhan dengan memiliki senjata berbahaya untuk menyerang yang boleh dihukum mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.


Kesalahan itu didakwa dilakukan diantara pukul 2 pagi hingga 5 pagi, 26 November lalu.


Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula kes ini. - UTUSAN ONLINE.