Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut sebanyak dua kali iaitu di sebuah kuarters kerajaan pada 25 Oktober lalu dan sekali lagi di sebuah taman perumahan berdekatan pada keesokannya.

Mangsa kemudian membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kuala Perlis dan lelaki berusia 34 tahun tersebut telah ditahan ketika dipanggil untuk soal siasat pada pukul 3.30 petang semalam.

Lelaki itu seterusnya ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Perintah tahanan reman itu diperoleh daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Peguam, Zuhair Ahmad Zakuan bertindak sebagai peguam pemerhati. - UTUSAN ONLINE