Tertuduh atau nama sebenar­nya, Francis Forkey Doe, 31, mempamerkan nombor pendaftaran pal­­su iaitu BLK 17 pada kereta jenis BMW 325i di tempat letak kereta di hadapan Restoran Alfa Maju, Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri, Puchong, di sini, kira-kira pukul 4 pagi, 5 Mei lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Atiqah Abdul [email protected]

Pendakwaan terhadapnya di­­ken­­dalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran namun Forkey Doe yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan menanggung tiga anak selain turut berjanji tidak akan meng­ulangi kesalahan serupa pada masa akan datang.

Abu Arsalnaa pula berkata, jenayah seperti ini semakin berle­luasa dan mahkamah perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak membeli dan menggunakan kereta klon.

Mengikut fakta kes, pihak polis pada hari kejadian telah men­­­­jalankan operasi di sebuah restoran di Puchong dan melakukan pemerhatian terhadap kereta jenis BMW 325i bernombor pendaftaran BLK 17.

Semakan melalui sistem Jaba­tan Pengangkutan Jalan (JPJ) ba­gai­manapun mendapati nombor pendaftaran kenderaan terbabit adalah palsu dan nombor casis tiada dalam sistem online JPJ.

Hasil semakan turut mendapati nombor pendaftaran BLK 17 telah didaftarkan atas nama pemilik lain dan tertuduh ditahan polis bagi siasatan lanjut.