Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman memerintahkan lelaki berusia 57 tahun itu direman sehingga 4 Ogos ini bagi membolehkan siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak pada tahun 2014 dijalankan.

Terdahulu lelaki itu tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.40 memakai pakaian lokap SPRM dengan tangan bergari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan lelaki tersebut di pejabat SPRM Kuching pada pukul 1.30 te­ngah hari ini.

Difahamkan, pengarah syarikat terbabit telah melantik syarikat tersebut untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.-UTUSAN ONLINE