Majistret Muhammad Safuan Azhar mengeluarkan perintah tahanan reman sehingga 8 Ogos itu terhadap kedua-dua individu berkenaan yang masing-masing berusia 44 dan 29 tahun.

Kedua-dua suspek yang ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam disyaki terlibat menguruskan pro­ses dokumentasi perjanjian jual beli di antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC.

Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda (FIC) yang direman selama empat hari sebelum ini disambung tahanan reman sehingga 8 Ogos depan.

Terdahulu, tiga orang pengarah syarikat yang ditahan reman berhubung siasatan pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak pada 2014 dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini dengan ikat jamin SPRM. - UTUSAN ONLINE