Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki itu sehingga 27 Julai ini.

Kedua-dua suspek masing-masing merupakan pengarah sebuah syarikat perundingan aset berusia 45 tahun dan Ketua Unit Harta sebuah syarikat perkhidmatan pos berusia 36 tahun ditahan di pejabat SPRM pada pukul 1 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan.

Akhbar sebelum ini melaporkan FIC yang merupakan entiti pelaburan diwujudkan Lembaga Ke­majuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013 telah membeli sebuah hotel empat bintang ber­nilai £60 juta (RM330 juta) di Kensington, London pada tahun 2014.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai telah memanipulasi harga hotel tersebut sehingga FIC telah membayar lebih membabitkan puluhan jutaan ringgit berbanding harga asal yang lebih rendah. - UTUSAN ONLINE