Menurutnya, beliau menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa undang-undang untuk menentukan bentuk tindakan yang hendak diambil terhadap Rosmah.

"Sebagai menantu, saya mendoakan semuanya berjalan dengan lancar mengikut tata susila undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara," katanya kepada para pemberita selepas Motivasi Santai Bersama Datuk Fazley Yaakob dan persembahan seni manisan, Sweet Table anjuran Yayasan Aman di sini hari ini.

Majlis itu telah diserikan dengan kehadiran calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Khamis lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 17 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta.

Ditanya sama ada beliau ada berjumpa dengan Rosmah baru-baru ini, Fazley berkata: "Tidak jumpa".

Fazley telah berkawin dengan anak Rosmah, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2006.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan. - UTUSAN ONLINE