Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan terhadap tiga individu itu mendapati laporan polis yang dilakukan Farid itu tidak berasas dan sengaja direka.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan mengarahkan supaya Farid didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana memberikan keterangan palsu.

“Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE