Ezany Nizariff
Ezany Nizariff

Itu reaksi pelakon, Ezany Niza­riff berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini yang membenarkan tuntutan beliau agar anaknya, Hayden Harraz Nizariff yang berada di bawah jagaan isterinya, Lidza Nuryanti Abidin diserahkan kepadanya selaku bapa kandung.

Hakim Syarie, Salehan Yatim membenarkan permohonan Ezany, 44, selaku pihak plaintif berdasarkan Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2013. Ezany diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Mahkamah juga memerintahkan Lidza Nuryanti sebagai ibu diberikan hak melawat bersama dan bermalam dengan anaknya yang berusia empat tahun itu pada hujung minggu kedua dan minggu keempat setiap bulan.

Perintah bertulis tersebut turut membenarkan Lidza Nuryanti mengambil kanak-kanak itu di kediaman Ezany atau mana-mana lokasi yang dipersetujui pada pukul 6 petang hari Jumaat dan memulangkannya semula di kediaman pelakon itu sebelum atau pada pukul 6 petang, Ahad.

Pihak polis dan pegawai berkuasa berkaitan juga hendaklah memastikan perintah tersebut dilaksanakan dengan baik sekiranya pihak-pihak terlibat dalam kes itu memerlukan bantuan proses perlaksanaan perintah.

Ketika keputusan itu dibuat, Lidza Nuryanti tidak kelihatan di mahkamah.