Tertuduh ialah seorang kelindan lori, S. Sasi Kumar, 19; pekerja kilang, P. Saathia Seelan, 21; tukang paip, S. Manivannan, 21; pemandu lori, R. Maniarasu, 23; serta dua lagi pesalah juvenil.

Mereka didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, berhimpun dengan niat untuk membunuh R. Saravanan, 39, di kawasan kuil Sri Muniswaran, Bandar Baru Kundang, Gombak dekat sini, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 7 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE