Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Warga tempatan yang berusia antara 31 dan 44 tahun itu ialah Muhammad Rushlan Abdullah, B. Letchumanan, K. Alagasuveeran, M. Paramaguru, R. Sathies dan Elangonaidu.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di MV Empayer Sdn. Bhd., No. 1-B, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9 Cheras, Hulu Langat dekat sini, antara 1 Januari 2015 dan 7 Februari 2017.


Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 564) yang membawa hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes.-UTUSAN ONLINE.