Tertuduh terdiri daripada Muksin Munib, 60, Anuar Madjiril Hadji, 34, Amin Ali, 28,  Omar Sapari, 53, Jasni OT [email protected] Mohd. Ali, 53, dan Badru Jalal, 62, masing-masing merupakan rakyat tempatan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa  melakukan penyeludupan sebanyak 21 migran warga Filipina termasuk enam perempuan berusia antara 20 hingga 55 tahun pada pukul 12.10 tengah hari hingga 7.40 malam sejak Februari 2017 hingga Oktober lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Hakim Azreena Aziz menetapkan 7 Disember depan sebagai sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Khairuddin Idris manakala tertuduh-tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE