Majistret Nadhirah Abdul Rahim membebaskan kesemua mereka dengan deposit RM1,500 dan bon jaminan RM8,000 serta seorang penjamin untuk setiap seorang.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah tersebut kira-kira pukul 8.50 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, kesemua empat individu berumur awal 30-an itu yang bertugas di Cawangan Bangi, Selangor direman pada 3 Oktober lalu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini sehari sebelum itu. - UTUSAN ONLINE