Mengikut pertuduhan, dua jurujual telepemasaran, Nurluqman Hanif Norhisam, 21, dan Mohd. Zulhusni Shoeb, 23, serta penjual burger, Muhammad Amer Redzuan Mohd. Tahir, 19, didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun yang juga seorang kerani di sebuah rumah flat di Taman Pandan Ria 2, Ampang di antara pukul 9 malam dan 10.30 malam, 28 Februari lalu.


Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.


Sementara itu, Mohd. Zulhusni bersama Nurluqman Hanif dan adiknya, Nurluqman Daniel, 19, didakwa melakukan seks luar tabii terhadap mangsa tanpa kerelaannya di antara pukul 10.45 malam dan 10.55 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377C akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau maksimum 20 tahun dan sebatan.


Hakim Suzana Hussin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, M. Arunjothy agar kesemua tertuduh tidak dibenarkan bebas dengan jaminan dan menetapkan 12 April ini untuk sebutan kes.