Mahkamah Majistret di sini membenarkan wanita itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta sebat.

Terdahulu, wanita yang memakai baju lokap berwarna jingga itu tiba di Mahkamah Petaling Jaya pada pukul 10 pagi dan suspek diiringi oleh anggota polis ke kamar mahkamah pukul 10.45 pagi untuk prosiding reman.

Prosiding berkenaan mengambil masa lebih 10 minit sebelum suspek dibawa keluar pada pukul 11.10 pagi.

Semalam, wanita itu menyerah diri di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada pukul 3 petang dengan ditemani suaminya. UTUSAN ONLINE