Tertuduh Leong Kean Beun, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Leong yang memandu kereta jenis Lexus didakwa mengganggu perjalanan konvoi Tuanku Zara dengan memperlahankan kenderaannya beberapa kali di hadapan konvoi tersebut di KM351 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dalam daerah Batang Padang di sini kira-kira 5.20 petang, 25 Okt lepas.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Leong menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili Amani Williams Hunt Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). - BERNAMA