Ahli Lembaga Pengarah Felda itu walau bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Berdasarkan kesemua pertuduhan dikemukakan, Noor Ehsanuddin didakwa telah me­­nerima bayaran ansuran kendera­an bernilai RM23,540.68 melalui cek daripada Karya Hidayah Sdn. Bhd.

NOOR EHSANUDDIN
NOOR EHSANUDDIN 

yang mana beliau menge­tahui ada hubungan dengan tugas rasminya selaku penjawat awam.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad Cawangan Taman Maluri, Jalan Mahkota di sini antara 10 Februari 2014 hingga 9 November 2015.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan de­ngan seorang penjamin selain mencadang­kan tertuduh perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran sekali sebulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Datuk R. Thrichelvam yang mewakili tertuduh tidak membantah jumlah jaminan yang ditawarkan selain memaklumkan pasport anak guamnya telah diserahkan kepada Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas dituduh dengan dua pertuduhan pada Ahad lalu.

Hakim Azman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Mac ini untuk tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Difahamkan, bayaran ansuran kereta tersebut membabitkan kereta jenis BMW 5 Series milik tertuduh.