Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan bahawa tertuduh tidak bersalah dalam kes tersebut.

Mengikut pertuduhan, Imran Zakaria, 32, didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu heroin dan monacetylmorphines seberat 548.17 gram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Lorong Rajawali 2, Sungai Ara, dalam daerah Barat Daya di sini kira-kira pukul 10.20 pagi, 28 November 2014.

Untuk itu, dia didakwa di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naizatul Zima Tajudin manakala tertuduh diwakili peguam, Hussaini Abdul Rashid.- UTUSAN ONLINE