Rohanee Subakoye kelihatan tenang sambil menundukkan kepalanya ketika hukuman dijatuhkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab.

Penoreh getah di Changlun, Kedah itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Mohd. Zaki dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bahawa ganja tersebut adalah milik tertuduh dan wanita itu mempunyai pengetahuan mengenai ganja yang ditemukan di dalam beg miliknya itu.

Menurut keterangan saksi perbicaraan, tertuduh menaiki sebuah trak pikap bersama seorang lelaki dan anaknya sebelum ditahan pihak Kastam Diraja Malaysia ((JKDM) ketika melalui pemeriksaan di Imigresen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari JKDM, Mohd. Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Nor Farishah Mohammad Bahar dan Fatin Hayati Abdul Rahman.