Keputusan itu dibuat oleh Majistret Muhamad Anas Mahadzir selepas pemilik Permai Gas Sdn. Bhd. dan Permai LPG Sdn. Bhd. mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana telah melanggar Peraturan 13(1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Farizul  Hassan Bakri dan Afiq Anwar Mohamed Sapian.

Tindakan itu diambil selepas pemeriksaan yang dijalankan sepasukan pegawai penguatkuasa KPDNKK Putrajaya bersama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara pada 18 Januari 2016.

Pada prosiding itu Permai Gas Sdn. Bhd. yang beralamat di Kawasan perindustrian Bukit Minyak dan Permai LPG Sdn. Bhd. yang beralamat Kawasan Perindustrian Sungai Bakap, Nibong Tebal membayar denda itu. - UTUSAN ONLINE