Pengarah MI Yusof Enterprise, Mohd. Yusof Ismail dan Pengarah Hisham Rais (M) Sdn. Bhd., Hishamudin Rais bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maimoonah Aid.

Syarikat MI Yusof Enterprise didakwa gagal menyediakan prosedur kerja selamat bagi penggunaan traktor pemotong rumput jenis Kubota sehingga menyebabkan kematian pelajar perempuan, Nur Afini Roslan, 14, dan kecederaan kepada Abdullah Hazlan,14, dan Mohd. Farhan Reza Badrol Hesam, 13, di padang SMK Tuanku Abdul Rahman pada pukul 10.20 pagi, 13 Februari lalu.

MOHD. YUSOF ISMAIL hadir bagi mendengar pertuduhan terhadap syarikat miliknya yang didakwa cuai sehi

MOHD. YUSOF ISMAIL hadir bagi mendengar pertuduhan terhadap syarikat miliknya yang didakwa cuai sehingga menyebabkan seorang pelajar maut dan dua lagi cedera di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

Sementara itu, syarikat Hisham Rais (M) Sdn. Bhd. pula dituduh gagal menyelia penggunaan traktor pemotong rumput tersebut sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada pelajar-pelajar terbabit dalam kejadian yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Akhbar melaporkan dalam kejadian 13 Februari lalu, seorang pelajar maut manakala dua lagi cedera selepas bilah pemotong dari sebuah jentera yang sedang memotong rumput terpelanting ke arah sekumpulan pelajar yang melakukan aktiviti di padang SMK Tuanku Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE