Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua sahabat bebas tali gantung

BEBAS TALI GANTUNG 2
NORDIN Ahmad (kanan) dan Liaw Bong Heng dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor sebentar tadi atas dua pertuduhan dadah dua tahun lalu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.-UTUSAN

JOHOR BAHRU 21 Ogos - Dua sahabat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan dadah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Teo Say Eng membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Nordin Ahmad, 47, dan Liaw Bong Heng, 56.


Say Eng dalam penghakimannya berkata, ketika perbicaraan keterangan kimia tidak dikemukakan, sebaliknya hanya diberikan dengan keterangan lisan selain identiti terhadap barang kes dalam prosiding perbicaraan adalah meragukan.


Kedua-duanya sebelum ini dituduh mengedar 149.58 gram campuran heroin dan monoacetylmorphines serta 70.08 gram methamphetamine, di hadapan sebuah rumah di Kayu Ara Pasong, Pontian pada pukul 4.45 petang, 9 Oktober 2015. - UTUSAN ONLINE


Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain