D. Tibanraj dan R. Darshan, kedua-duanya berusia 19 tahunmembuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan perbuatan khianat dengan api sehingga menyebabkan kebinasaan terhadap Surau Al-Huda yang digunakan sebagai tempat sembahyang di sebuah surau, Apartmen Impian,  Damansara Damai di sini kira-kira pukul 6.10 pagi, 19 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Mahkamah menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE