Kedua-dua tertuduh Moi Kai Man, 21 dan M. Tamil Arasan, 19, mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan tersebut selesai dibacakan dihadapan Hakim Shafeera Md. Said.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, mereka didakwa telah melakukan cubaan bunuh dan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa Tan Sheng Sheong, 29.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di J3-06-2 Lebuhraya Pinggiran, Batu Caves, Gombak dekat sini pada pukul 9.40 malam 13 Mei lalu.

Pendakwaan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul 'Ain Shafie dibuat mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE