Hanya Jenna, 45, membuat pengakuan tidak bersalah selepas memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Bagaimanapun pengakuan bersalah Mousumi Begum, 23, tidak direkodkan ekoran wanita itu tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, pasangan lelaki dan wanita itu didakwa bersama-sama telah memperdagangkan rakan senegara berusia 25 tahun bagi maksud eksploitasi seks di rumah pelacuran, Lorong Petaling, Dang Wangi di sini pada pukul 7 pagi, 14 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Farith Muhd. Faizal mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda.

Mahkamah tidak membenarkan Jenna yang diwakili peguam, Ahmad Ishrakh Saad dan Mousumi diikat jamin dan menetapkan 23 November ini untuk sebutan kes bagi kehadiran jurubahasa Bangladesh dan serahan dokumen. - UTUSAN ONLINE