Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman kedua-dua suspek wanita itu selama enam hari bermula hari ini sehingga 30 Januari ini.

Menurut sumber, SPRM telah menahan dua pengurus syarikat masing-masing berumur 41 dan 44 tahun itu kira-kira pukul 8 malam semalam di ibu pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, kedua-dua wanita itu dipercayai bersengkongkol bersama seorang lagi suspek utama bagi mendapatkan projek di kementerian berkenaan untuk diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu berjumlah kira-kira RM15 juta sejak tahun 2017.

Tambah sumber, suspek utama itu dipercayai menerima 20 hingga 30 peratus daripada setiap projek.

“SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan beberapa syarikat pembekal di seluruh Malaysia yang disyaki terlibat dalam sindiket ini," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN ONLINE