Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua pengawal keselamatan didakwa meliwat, seks oral

Dua pengawal keselamatan didakwa meliwat, seks oral
DUA lelaki, L. Joy Lawrence, 39 (kanan) dan Mokhtaruddin Abd Manan, 58 (dua dari kanan), dibawa ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan meliwat bertempat di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Gambar AMIN FARIJ HASAN

PETALING JAYA 6 Mac - Dua pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas empat pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap dua murid lelaki, awal bulan lalu.

L. Joy Lawrence, 39, dan Mokhtaruddin Abd. Manan, 58, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan berasingan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesemua perbuatan itu terhadap dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun itu di pondok keselamatan dan tandas sebuah sekolah di sini, antara pukul 7 dan 7.30 pagi, awal Februari lalu.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain