Turut didakwa, Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf Dan Ekonomi ZPP Mohd. Wardi Ramli atas pertuduhan salah guna kuasa.

Kedua-dua mereka bagamanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mohd. Wardi pula didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi. -

UTUSAN ONLINE