Elly Boniface

Deputi Superintenden Mohd. Mahyuddin Abdullah, 44, dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, didakwa atas tiga pertuduhan rasuah memperoleh wang tunai daripada orang awam.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd. Mahyuddin di­dakwa secara rasuah me­minta RM20,000 dan memperoleh wang tunai RM500 daripada Josepin J.Langkan sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan menipu.

Dia didakwa melakukan ke­dua-dua perbuatan itu di tempat letak kenderaan dan di dalam Mini Cafe & Bar di Taman Ridgeview, dekat sini, di antara pukul 9 malam dan 10.30 malam, 15 Jun 2016.

Mohd. Mahyuddin turut didakwa memperoleh wang tunai RM5,000 daripada Josepin bagi tujuan sama di tempat letak kenderaan Kolej Yayasan Sabah di antara pukul 9.50 pagi dan 10 pagi, 18 Jun 2016.

Sementara itu, tiga anggota Bahagian Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pula didakwa secara bersama memperoleh rasuah RM15,000 daripada Wong Kian Shung sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Dahlia Andreas atas kesalahan positif dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Inspektor Mohd. Fa’iz Mohd. Yusof, 32; Koperal Elly [email protected] Tugok, 36, dan Koperal Liza Ambau, 39, didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik IPD Penampang di antara pukul 11 malam dan 12 tengah malam, 8 April 2016.

Mohd. Fa’iz turut didakwa dengan dua lagi pertuduhan memperoleh wang tunai RM3,000 daripada Zaleha Brahim sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Rinciah Labik atas kesalahan positif dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.