Kedua-dua tertuduh yang berumur 37 dan 24 tahun itu mengaku bersalah dan tidak diwakili peguam.


Ketua pegawai AADK Pasir Puteh, Normazainy Mat Roni berkata, OKP terbabit didakwa mengikut seksyen 6(2)(d) Akta Penagih Dadah 1983 kerana mengambil semula dadah.


Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa kerana sengaja melanggar syarat pengawasan yang dikeluarkan oleh makhamah ke atas mereka sebelum ini yang wajib dipatuhi sepanjang tempoh pengawasan.


“Saya memberi amaran dan peringatan agar OKP lain yang berdaftar di AADK mematuhi syarat-syarat pengawasan yang ditetapkan bagi mengelakan mereka daripada didakwa di makhamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa AADK, Mohd. Juned Hassan Hilmi. - UTUSAN ONLINE