Tertuduh, Muhd. Azrul Nizam Azri dan Mohd. Kamaruzzaman Mohd. Kamarul Ariffin, kedua-duanya berusia 30 tahun dan berasal dari daerah ini didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun selepas memperdayanya di sebuah rumah di Lorong Setali 89 di sini antara pukul 2 pagi hingga 3.30 pagi pada tarikh tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Norfatinah Abu Bakar di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 20 tahun dan sebat.

Kedua tertuduh bagaimanapun tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Mahkamah membenarkan kedua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE